PETALING JAYA: Tular dalam media sosial mengenai senarai harga barangan basah pada tahun 1897 dengan ayam segar dijual pada harga 25 sen hingga 35 sen seekor.
Turut disenaraikan beras Siam pada harga RM4.10 sepikul, ekor lembu 10 sen (seketul), telur ayam 2 sen (1 biji), udang hidup 15 sen (sekati) dan minyak masak 16 sen sekati.
Itu antara 36 harga barangan yang disenaraikan dalam Harga Barang-Barang Makanan di Pasar Kuala Lumpur, September 1897.
Kredit diberikan kepada pengguna media sosial, Nurin Syafinah yang memuat naik gambar nostalgia iaitu senarai harga barangan berkenaan.
Warganet turut memberi pelbagai reaksi berhubung senarai harga barangan berkenaan.
Zaidi Najari berkata; “Masa ni..ayam tak laku lagi..semua org makan ayam bela sendiri je.”
Hajah Norsimah Jasman pula mengulas; “Zaman tu ayam 35 sen sekor pun setahun dua kali jer makan….raya puasa dgn raya haji.”
Mariati Sufian memberitahu; “Masa tu gaji pun berapa, sesuai la dengan pasarannya, sekarang pulak, gaji berapa RM kan naik.” -UTUSAN ONLINE