TEMERLOH: Banjir yang melanda daerah Mentakab di sini disifatkan penduduk sebagai terburuk hingga banyak rumah penduduk ‘hilang’ ditenggelami air. Banjir luar biasa yang menenggelamkan bandar Mentakab itu juga turut menyebabkan rumah penduduk jenis dua tingkat hanya nampak bumbung. Selain itu, banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun itu turut menyebabkan terdapat dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dinaiki air hingga memaksa mangsa berpindah ke PPS lain. Difahamkan dua PPS berkenaan ialah PPS Sekolah Rendah Sultan Abu Bakar Mentakab dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mentakab. Penduduk Kampung Batu Kapor, Rosedi Othman,68, berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya