Banjir: PM kerah agensi bertanggungjawab hadapi gelombang kedua  - Utusan Malaysia

Banjir: PM kerah agensi bertanggungjawab hadapi gelombang kedua 

KELIHATAN penduduk yang menetap di Taman Sri Muda sedang membersihkan kediaman mereka akibat banjir kilat di Taman Sri Muda Shah Alam hari ini. UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengerahkan semua agensi bertanggungjawab agar sentiasa bersedia dan berwaspada sekiranya negara menghadapi gelombang kedua ekoran ketidaktentuan cuaca sepanjang bulan ini. 

Menurut beliau, pasukan keselamatan telah diletakkan secara strategik di kawasan-kawasan berisiko tinggi.

Katanya, ramalan Jabatan Meteorologi bahawa Luruan Monsun akan berlaku pada 27 hingga 29 Disember ini di mana hujan berterusan dijangka berlaku di timur Sabah dan barat Sarawak.

“Kita masih harus berwaspada akan ketidaktentuan cuaca sepanjang bulan ini. Orang ramai diminta berjaga-jaga kerana angin kencang dan laut bergelora turut diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuklah kawasan perairan pantai timur Semenanjung mulai 26 hingga 29 Disember 2021.

“Bersama-sama kita bersedia menghadapi sebarang dugaan dan mengambil iktibar dari pengalaman sebelum ini,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Jabatan Meteorologi sebelum ini meramalkan Luruan Monsun berlaku pada 27-29 Disember ini dengan kebarangkalian untuk berlaku hujan berterusan di Pantai Timur Semenanjung adalah rendah berikutan paras kelembapan udara yang rendah.

Namun, hujan berterusan berpotensi berlaku di timur Sabah dan barat Sarawak dalam tempoh tersebut manakala angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuklah kawasan perairan pantai timur Semenanjung mulai 26 hingga 29 Disember.

Ramalan itu berdasarkan analisis model European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF), Global Forecast System (GFS) dan METMalaysia Weather Research and Forecasting Model (MMD WRF). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya