Banjir: Peralatan Fakulti Muzik UiTM rosak - Utusan Malaysia

Banjir: Peralatan Fakulti Muzik UiTM rosak

Gendang dan gong antara yang peralatan yang rosak setelah Fakulti Muzik UiTM Shah Alam dilanda banjir hujung minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fakulti Muzik Universiti Teknologi Mara (UiTM) berdepan dugaan apabila sebahagian peralatan muzik yang menjadi alat membantu pengajaran dan pembelajaran rosak akibat banjir hujung minggu lalu.

Dalam akaun rasmi fakulti tersebut di Facebook, mereka memaklumkan, peralatan-peralatan tersebut gagal diselamatkan daripada tenggelam.

Bagaimanapun, pihak fakulti tetap bersyukur dan berterima kasih kepada pelbagai pihak yang sudi membantu membersihkan dan menyelamatlan peralatan-peralatan fakulti yang lain.

“Dukacita dimaklumkan bahawa beberapa fasiliti dan peralatan muzik Fakulti Muzik UiTM yang berada di Seksyen 17, Shah Alam telah ditenggelami air berikutan bajir kilat pada hujung minggu baru-baru ni.

“Terima kasih kepada semua pelajar-pelajar dan staf fakulti yang telah turun padang memberi bantuan dari segi tenaga kerja, disamping menyediakan peralatan kebersihan dan keperluan makan minum bagi sesi pembersihan.,” kata fakulti berkenaan.

Hujung minggu lalu, Shah Alam lumpuh ekoran banjir dengan majoriti kawasan dinaiki air selain jalan-jalan utama yang menghubungkan bandar raya itu turut terputus.

Melalui imej yang disiarkan di Facebook, fakulti itu turut memaparkan gendang, gong dan sebagainya cuba diselamatkan dan disimpan dengan baik di dalam fakulti berkenaan.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan simpati mereka setelah melihat peralatan muzik seperti gong dan gendang yang turut rosak.

“Moga Allah permudahkan urusan kalian…berat mata memandang berat lg bahu yang memikul,” komen Faizuul EM.

“Untuk peralatan audio dan elektronik tu, jangan hidupkan dulu. Kalau reti buka, buka & keringkan semua board dalam tu. Kalau tak reti buka, cepat hantar ke service center dan remark banjir. InsyaAllah boleh diselamatkan,” komen Ajib Samawi. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN