KUALA TERENGGANU: Banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu sejak Khamis lalu pulih sepenuhnya hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor di Kemaman ditutup secara rasmi pada pukul 12 tengah hari.
Katanya, bencana dalam tempoh lima hari itu menjejaskan seramai 423 penduduk daripada 122 keluarga menerusi pembukaan 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah.
“Bilangan mangsa tertinggi direkodkan di Dungun dengan seramai 261 orang diikuti Kemaman (158 orang) dan Setiu (empat orang),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE