Banjir: 50 penternak ikan air tawar rugi RM12j - Utusan Malaysia

Banjir: 50 penternak ikan air tawar rugi RM12j

ANTARA kolam ternakan ikan air tawar di Felda Titi, Jelebu yang musnah susulan kejadian banjir yang melanda daerah Jelebu baru-baru ini.-UTUSAN/NURULAZMA SHAFIQAH KHAIRUL AZHAR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Seramai 50 penternak ikan air tawar di sekitar daerah ini terjejas berikutan kejadian banjir besar pada 18 Disember lalu.

Ketua Perikanan Daerah Jelebu, Mohd. Azhar Jusoh berkata, pihaknya menganggarkan kerugian keseluruhan yang ditanggung oleh kesemua pengusaha tersebut mencecah sehingga RM12 juta.

Menurut beliau, banjir yang berlaku telah membawa sama lumpur sehingga ia masuk ke kolam ternakan ikan yang diusahakan sekali gus menyebabkan ratusan ribu pelbagai jenis ikan air tawar mati.

“Bekalan oksigen ke kolam ternakan ikan terputus apabila kawasan berkenaan turut mengalami gangguan bekalan elektrik. Ikan hanya mampu bertahan selama empat jam tanpa oksigen sebelum mati.

“Kebanyakan ikan yang mati ini sudah sedia untuk dijual, malah, sudah ada yang telahpun ditempah oleh pelanggan,” katanya ketika ditemui pemberita di Felda Titi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Azhar, selain kolam yang dilimpahi air berlumpur, terdapat juga kolam yang pecah menyebabkan ikan terlepas keluar.

“Kerugian yang dialami oleh pengusaha ternakan ikan ini termasuklah kerosakan di kolam, peralatan yang rosak serta makanan ikan yang turut musnah.

Mohd Azhar berkata kerugian itu turut membabitkan kerosakan kolam, peralatan dan makanan ikan yang musnah. 

“Kebanyakan pengusaha tersebut menternak ikan seperti likuh, tilapia merah, lampam, haruan, baung, keli dan juga udang galah,” katanya lagi. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya