Banjir : 37 kematian, 10 mangsa masih hilang - Utusan Malaysia

Banjir : 37 kematian, 10 mangsa masih hilang

Keadaan banjir di di RTB Bukit Changgang yang mengakibatkan terputus bekalan elektrik di RTB Bukit Changgang.- UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM :  Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 37 kematian membabitkan insiden banjir yang melanda tujuh negeri sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu, sebanyak 10 individu lagi dikhuatiri hilang.

Kata beliau, sepanjang tempoh itu, sebanyak 68,341 mangsa banjir direkodkan melibatkan 18,080 keluarga dan kini berada di 396 pusat pemindahan sementara. 

“Kematian terbaharu telah direkodkan semalam membabitkan lima mangsa iaitu empat dewasa dan seorang kanak-kanak,”katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Operasi Bencana di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai jumlah kematian yang berbeza dikeluarkan setiap agensi, Acryl Sani berkata, setiap kes kematian yang direkodkan PDRM adalah berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh ahli keluarga mangsa.

“Setiap kematian wajib dilaporkan kepada pihak polis dan kita akan buka siasatan mengikut prosedur kanun jenayah kemudian baru kita diklasifikasi diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya