Pemilihan telekung yang selesa, cantik dan sejuk menjadi antara ciri utama yang dicari oleh Muslimah terutamanya ketika hendak menunaikan solat lima waktu.
Pengusaha Lyana Collection, Tengku Zaizah Tengku Hamad, 49, berkata, cita rasa setiap wanita dalam pemilihan telekung adalah berbeza biarpun fungsinya sama seperti telekung yang lain.
“Jenama Telekung Lyana ini diperkenalkan sejak 2002 tidak terhad kepada penggunaan harian, tetapi turut dijadikan hadiah istimewa.
“Telekung ini dijahit oleh tukang jahit saya sendiri agar kualiti dan potongan koleksi diperkenalkan memberi keselesaan sepanjang melakukan ibadat,” katanya, ketika dihubungi, baru-baru ini.
Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, selain itu, Butik Lyana Collection turut mengetengahkan koleksi persalinan Muslimah.
“Selain itu, saya turut mengusahakan perniagaan lain termasuk perkhidmatan barangan logam (hardware), PRZ Bina dan Lepak Café,” katanya.
Bagi yang ingin membeli telekung milik Sahabat AIM ini, boleh kunjungi Facebook, Tg Zaizah dan Lyana Collection atau hubungi 019-981 9489,” katanya. – UTUSAN