Amaran ribut petir di perairan lima negeri  - Utusan Malaysia

Amaran ribut petir di perairan lima negeri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di kawasan perairan lima negeri hari ini. 

Menurut Met Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Perlis dan Kedah, Pulau Pinang, Perak serta Sabah Timur sehingga pukul 9 malam ini. 

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Met Malaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama untuk aktiviti perkapalan. 

“Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang sehingga Ahad, 26 Disember ini. 

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Tambah Met Malaysia, amaran ribut petir juga dikeluarkan buat aktiviti perkapalan itu. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Selat Melaka, Samui, Sulu dan Sulawesi sehingga pukul 9 malam ini. 

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” jelasnya. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya