595 kematian akibat Covid-19 di Terengganu dalam kalangan tidak divaksin - Utusan Malaysia

595 kematian akibat Covid-19 di Terengganu dalam kalangan tidak divaksin

KASEMANI EMBONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 77.5 peratus atau 595 kes kematian akibat Covid-19 di negeri ini dikesan dalam kalangan individu yang tidak pernah menerima vaksinasi.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, berdasarkan perangkaan setakat 30 November lalu, jumlah keseluruhan kematian direkodkan di Terengganu adalah sebanyak 768 kes.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 658 orang yang maut didapati mempunyai faktor komorbid. 

“Sejak akhir Oktober lalu, Terengganu mencatatkan peningkatan kemasukan ke hospital sekali gus menyebabkan penggunaan katil Covid-19 mencecah 59.7 peratus.

“Kita dapati sebanyak 53.6 peratus kes kemasukan ke hospital merupakan dalam kalangan mereka yang tidak mendapatkan vaksin dengan 39.5 peratus daripada golongan itu ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Kasemani, antara punca peningkatan kematian di negeri ini adalah disebabkan kelewatan mendapatkan rawatan, komorbid berganda, belum mendapatkan vaksinasi di samping pesakit yang berumur lebih 50 tahun. 

Dalam perkembangan sama, katanya, seramai 31,397 individu telah menerima suntikan dos penggalak, namun, jumlah itu amat rendah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. 

Sehubungan itu, menurutnya, beberapa strategi dirangka untuk meningkatkan pencapaian suntikan berkenaan termasuk menambah kapasiti fasiliti swasta, mengaktifkan semula semua klinik kesihatan dan hospital terlibat sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) di samping melaksanakan suntikan vaksin secara jangkau luar kepada anggota barisan hadapan.

“Orang ramai yang mempunyai ibu bapa atau saudara-mara yang berusia 50 tahun dan ke atas dinasihatkan supaya segera mendapatkan suntikan dos penggalak,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya