3,454 anggota, pegawai PDRM bantu banjir di Selangor - Utusan Malaysia

3,454 anggota, pegawai PDRM bantu banjir di Selangor

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 23,090 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini dalam keadaan siap siaga bagi membantu bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri susulan hujan berpanjangan sejak semalam.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kekuatan tersebut sebagai persediaan bagi membantu kekuatan sedia ada di semua kontinjen di seluruh negara.

“Selain itu, aset-aset PDRM akan digerakkan jika ia diperlukan dalam membantu bencana ini.

“Ia melibatkan sebanuak 369 bot dan enjin, 36 jet ski, 347 lori dan 1,408 kenderaan pancuan empat roda (4×4) serta lain-lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Acryl Sani memberitahu, daripada jumlah itu, seramai 3,454 pegawai dan anggota PDRM telah siap sedia digerakkan bagi membantu kontinjen Selangor.

Setakat pukul 5 petang tadi, hampir 3,000 mangsa di Klang serta daerah Kuala Langat dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ekoran kejadian banjir disebabkan penurunan hujan yang berterusan sejak pagi semalam.

Malah, sebahagian Lebuhraya Persekutuan terutama di Batu Tiga ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ekoran limpahan air dari Sungai Damansara.

Akibatnya ratusan kenderaan terkandas dan ada yang ditenggelami air kerana cuba mengharunginya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah meminta Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara untuk menggunakan aset dan agensi sokongan lain bagi memindahkan mangsa banjir dan memastikan bekalan makanan serta keperluan disediakan di PPS terlibat.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya