3.8 juta penerima BKC Fasa 3 berjumlah RM1.2 bilion mulai Isnin ini - PM - Utusan Malaysia

3.8 juta penerima BKC Fasa 3 berjumlah RM1.2 bilion mulai Isnin ini – PM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 3.8 juta penerima kategori miskin dan berpendapatan rendah B40 mula menerima bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Fasa 3 sebanyak RM300 pada Isnin ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran itu adalah seperti dijadualkan selepas pemberian bantuan berkenaan bagi Fasa 1 dan Fasa 2 sudah diselesaikan pada bulan September dan November lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada hampir 10 juta penerima. 

 “Dengan pembayaran ini, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion dan menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19. 

“Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan ini menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri berkata, semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC, iaitu https://bkc.hasil.gov.my. 

Beliau menjelaskan, untuk maklumat lanjut termasuk kriteria penerima BKC dan nilai bantuan yang diterima, warga Keluarga Malaysia juga boleh merujuk Jdual 2 serta Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya