2,998 mangsa banjir di Kuala Langat, Klang dipindahkan - Utusan Malaysia

2,998 mangsa banjir di Kuala Langat, Klang dipindahkan

KEADAAN banjir kilat di susur keluar lebuhraya NKVE Bukit Jelutong sekitar tinjauan di Shah Alam, Selangor. UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT : Seramai 2,998 mangsa di daerah ini dan Klang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ekoran kejadian banjir disebabkan penurunan hujan yang berterusan sejak pagi semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, daripada jumlah itu, seramai 121 keluarga membabitkan 394 mangsa adalah di daerah Kuala Langat manakala daerah Klang melibatkan seramai 2,904 mangsa, setakat pukul 1 petang tadi.

Katanya, daripada jumlah itu, 126 daripadanya merupakan kanak-kanak dan bayi di daerah Kuala Langat.

“Sebanyak 20 PPS telah dibuka di daerah Klang dan seramai 793 mangsa dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia, Sk Telok Gong (681), Masjid Al Islah (256), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Indah yang menempatkan mangsa Kampung Orang Asli Pulau Indah (190), Sekolah Rendah Agama (SRA) Pulau Indah (130).

“Seramai 150 mangsa dipindahkan ke SRA Kampung Delek, Balai MPKK Perigi Nanas (75), Masjid Al Ubudiah (74), SRA Kampung Batu 4 (68), SRA Pekan Kapar (62), Dewan Orang Ramai Tok Muda (57), Dewan Serbaguna MPK Kampung Jawa (46), SK Jalan Kebun (30), Balai MPKK Sungai Pinang dan SRA Padang Jawa masing-masing 5,” katanya hari ini. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya