23 kematian termasuk dua lagi ditemukan di Selangor - Utusan Malaysia

23 kematian termasuk dua lagi ditemukan di Selangor

ANTARA mangsa yang terperangkap di dalam banjir, di Seksyen 23 Shah Alam, di sini hari ini. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 23 kematian dilaporkan berlaku di kawasan-kawasan terjejas akibat banjir di Selangor akibat hujan lebat sejak selama tiga hari bermula Jumaat lalu.

Setakat pukul 4 petang ini, dua lagi mayat mangsa banjir ditemukan di Taman Sri Muda, Shah Alam. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kedua-dua mangsa masing-mangsa wanita dan lelaki ditemukan di kawasan tersebut namun maklumat terperinci belum dapat dipastikan. 

Katanya, kematian mula direkodkan pada Ahad lalu apabila 11 mayat ditemukan di Desa Coalfields (1); Shah Alam (4); Hulu Langat (3); Klang (1) dan Sepang (1).

“Selain itu, sembilan lagi ditemukan kelmarin di sekitar Sri Muda manakala semalam seorang. 

“Dua lagi ditemukan hari ini dan jumlah keseluruhan iaitu 23 kematian akibat bencana itu di Selangor,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Tambah Arjunaidi, kesemua mangsa terdiri daripada 16 lelaki dan tujuh wanita. 

“Ada antara mangsa telah dikenal pasti identiti oleh ahli keluarga,” ujar beliau. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya