Berkat dorongan suami dalam bidang jualan dan belian getah, Mashitoh Mansor, 45, menggunakan kelebihan itu bagi mengusahakan perniagaan yang jarang mendapat tumpuan wanita.
Pemilik Syarikat TMI Berkat Sdn Bhd itu berkata, perniagaan jualan dan belian getah proses dari Thailand itu diusahakan bersama suaminya, Ramlee Laeloh, 50, hampir 21 tahun lalu.
Kata Mashitoh yang juga Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), getah proses yang diimport dari negara jiran dijual kepada syarikat perusahaan dan kilang di sekitar Kedah.
“Modal untuk memulakan perniagaan ini sangat tinggi. Syukur, kami dapat meneruskan perniagaan ini.
“Kini, setiap hari kami membawa masuk lebih 42 tan getah proses untuk dihantar kepada pengusaha kilang dan pemborong bahkan permintaan bahan mentah ini tidak mencukupi,” katanya.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian 012- 410 8578.