Dua mesyuarat bahagian UMNO Selangor tangguh, fokus bantu mangsa banjir - Utusan Malaysia

Dua mesyuarat bahagian UMNO Selangor tangguh, fokus bantu mangsa banjir

SEORANG anggota bomba membuat pemantauan banjir kilat di Taman Jaromas Jenjarom di Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Mesyuarat Bahagian UMNO Kota Raja dan Klang ditangguhkan bagi memberi fokus untuk membantu mangsa banjir ekoran bencana yang melanda negeri itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Selangor, Zainal Adzam dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

“Hujan lebat turun tidak berhenti dari petang hingga lewat pagi. Ditambah dengan air pasang dari sungai. Banyak kawasan dinaiki air dan dilanda banjir.

“Usaha UMNO sekarang ditumpukan kepada membantu mangsa banjir. Mesyuarat Perwakilan UMNO Kota Raja dan Klang tangguh sehingga keadaan kembali reda,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya