1,600 pokok pisang musnah, pekebun rugi RM25,000 - Utusan Malaysia

1,600 pokok pisang musnah, pekebun rugi RM25,000

PAIMIN Dol Kamil menunjukkan kebun pokok pisangnya yang musnah akibat banjir di RTB Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seorang pekebun pisang mengalami kerugian dianggarkan RM25,000 apabila kebun pisang tanduk seluas kira-kira satu setengah ekar di Kampung RTB Bukit Changgang di sini terjejas akibat banjir pada minggu lalu.

Kerugian yang dialami itu melibatkan kira-kira 1,600 pokok pisang tanduk di dua kebun pisang yang hanya menunggu beberapa bulan sahaja lagi untuk masak dan diambil buahnya.

Paimin Dol Kamid, 69, berkata, sebelum banjir berlaku, sebanyak 20 pokok pisang tanduk yang ditanam bersama anaknya mencapai tempoh matang serta sudah diambil hasil tersebut untuk dijual.

“Pokok pisang ini tidak masak serentak dan sebelum kejadian banjir, kira-kira 20 tandan pisang sudah diambil untuk dijual. Bagaimanapun, baki daripada pisang tersebut belum cukup matang dan perlu menunggu hanya beberapa bulan lagi.

“Selepas kejadian banjir dan air pun sudah surut, ada pokok yang rosak menjadi kuning kerana terendam air menyebabkan akarnya busuk selain ada yang tumbang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, kerugian yang dialami itu adalah anggaran daripada harga anak pokok, racun dan baja, namun, mereka belum membuat pengiraan secara teliti. 

“Pisang tanduk ini kami hantar untuk dijual di pasar borong dan kebun di sini (hadapan rumah) masuk kali kedua keluarkan hasil. Satu lagi kebun pula masuk kali ketiga mengeluarkan buah. 

“Memang rumah kami pernah banjir dan kali terakhir pada 2012, tetapi kali ini, ia lebih tinggi berbanding sebelum ini. Saya belum buat perancangan untuk pisang yang belum masak ini,” katanya.

Sementara itu, Paimin reda dengan ujian banjir tersebut serta menyifatkan kejadian itu tanpa diduga sekali gus perlu bangkit semula. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya