11 stesen air Pahang, 3 Selangor paras bahaya  - Utusan Malaysia

11 stesen air Pahang, 3 Selangor paras bahaya 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 11 stesen di Pahang dan tiga di Selangor berada pada paras bahaya setakat pukul 3 pagi tadi. 

Menerusi perkongsian status air semasa di laman Twitter Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),  paras bahaya di Pahang itu membabitkan stesen Sungai Jeli di Jeti lipis, stesen Sungai Pahang di Paya Gintong, stesen Sungai Jelai di Jeram Bungor, stesen Sungai Lipis di Bentas dan stesen Sungai Kuantan di Kuantan Bypass.

Selain itu, paras bahaya itu turut melibatkan stesen Sungai Pahang di Sungai Yap, stesen Sungai pahang di Kuala Krau, stesen Sungai Pahang di Temerloh (Lubuk Pasu), stesen Sungai Pahang di Water Front dan stesen Sungai Serting di Jam. Pdg. Gudang.

Empat lagi stesen di Pahang yang berada pada paras amaran pula adalah stesen Sungai Dong di Kampung Peruas, stesen Sungai Triang di Taman Agropolitan Chemomoi, stesen Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera dan stesen Sungai Jempol di Ran Felda Jengka.

Di Selangor pula, tiga stesen pada paras bahaya itu melibatkan stesen Sungai Selangor di Rantau Panjang, Stesen Sungai Buloh di Parit Mahang dan stesen Sungai Langat di Bukit Changgang. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya