PETALING JAYA: Pemandu treler yang terlibat dalam nahas empat kenderaan sehingga 10 maut termasuk sembilan beranak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam dekat sini, direman empat hari bagi membantu siasatan.
Difahamkan, pemandu berusia 45 tahun itu ditahan reman bermula hari ini hingga Selasa depan.
Bagaimanapun, polis dijangka memberi kenyataan berhubung kejadian itu dalam masa terdekat
Berdasarkan maklumat awal, pemandu disahkan negatif dadah dan alkohol.
Dalam insiden kira-kira pukul 11.30 malam tadi, 10 termasuk seorang ibu dan lapan anaknya maut apabila dirempuh treler di lokasi kejadian.
Turut maut, seorang mekanik berusia 27 tahun.
Kejadian tersebut turut mengakibatkan bapa dan suami mangsa serta enam lagi mangsa cedera.- UTUSAN