10 lokasi hotspot banjir di Johor Bahru - Utusan Malaysia

10 lokasi hotspot banjir di Johor Bahru

MOHD. Noorazam Osman (dua dari kanan) beramah mesra dengan Skuad Kilat sempena pelancaran pasukan itu di Dataran Bandaraya Johor Bahru di Johor. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sudah mengenal pasti hampir 10 kawasan hotspot kemungkinan berlakunya banjir susulan fenomena Luruan Monsun dijangka bermula esok hingga 3 Januari ini.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Noorazam Osman berkata, antara kawasan itu adalah Kampung Md. Amin, Kampung Pasir serta beberapa buah kampung lagi yang kedudukannya berhampiran sungai.

Tambahnya, MBJB turut memberikan tumpuan kepada 54 kawasan penempatan setinggan di sekitar bandar raya ini yang juga terletak berhampiran dengan sungai.

“MBJB telah melaksanakan pembinaan sistem tebatan banjir di kawasan hotspot banjir kilat termasuk kerja-kerja meninggikan tembok parit sedia ada; memasang flap valve untuk mengelakkan air masuk atau melimpah ke kawasan hotspot banjir.

“Kita juga turut membina ban banjir, menaik taraf kapasiti pam sedia ada di Sungai Chat, membina sistem pam baharu di kawasan penempatan penduduk Kampung Md. Amin dan Kampung Pasir serta memasang perangkap sampah di beberapa lokasi hotspot yang disebabkan sampah domestik dan pokok tersangkut di pembetung utama.

“Melihatkan kepada persediaan yang telah dilakukan, kita sudah bersedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya banjir di kawasan bandar raya ini,” katanya selepas melancarkan Skuad Kilat MBJB di Dataran Bandaraya Johor Bahru, di sini hari ini. 

Noorazam berkata, Skuad Kilat yang merangkumi lapan unit tindakan dari pelbagai jabatan dalam MBJB membabitkan kira-kira 300 anggota sudah bersedia untuk berdepan kemungkinan banjir.

Tambahnya, pihaknya juga sudah bersedia untuk membuka bilik gerakan 24 jam selain mengenal pasti pusat pemindahan sementara (PPS) di dewan orang ramai di bandar raya ini yang akan dibuka. 

“Skuad Kilat MBJB adalah merupakan pasukan tindakan pantas terhadap aduan-aduan awam yang bersifat kecemasan dan kejadian bencana alam antaranya tanah runtuh, banjir kilat, struktur runtuh, pencemaran alam sekitar dan lain-lain aduan.

“Skuad Kilat MBJB ini juga akan bertindak sebagai sokongan dalam melaksanakan tindakan bantuan termasuk sokongan kepada usaha-usaha dijalankan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Johor Bahru,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya