Warganet geram 'budaya' penjawat awam keluar minum pagi - Utusan Malaysia

Warganet geram ‘budaya’ penjawat awam keluar minum pagi

CIAPAN warganet mengenai budaya keluar minum pagi ini tular semula di Twitter mengundang rasa tidak puas hati banyak pihak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Warganet menerusi ciapan Twitter meluahkan perasaan marah apabila terdapat segelintir kakitangan awam yang tidak komited menjalankan tanggungjawab  dengan mencuri tulang pada waktu bekerja.

Terbaru, tular di Twitter sebuah gambar yang memaparkan ciapan yang mengatakan budaya keluar minum pagi di pejabat kerajaan perlu dihentikan kerana ia menyusahkan rakyat yang mengunjungi jabatan-jabatan kerajaan tersebut.

Seorang pengguna Twitter meluahkan rasa kesalnya apabila ketika dirinya memerlukan bantuan kakitangan di pejabat, tapi kakitangan tersebut keluar untuk minum pagi.

“Waktu kerja sudah bermula, jika ingin minum pagi, bancuh kopi atau teh di pantry dan alas perut. Tak perlu keluar,” ciapannya di Twitter.

Seorang pengguna laman sosial tersebut TerritorySM menulis ciapan yang seakan-akan menyindir pekerja awam yang didakwa mencuri tulang dan bukan penat bekerja.

“lapan pagi punch in, lepastu keluar lepak. Habis lepak buat-buat kalut dekat pejabat lepastu keluar rehat. Habis rehat sambung berlakon. Pukul empat ready nak punch out, pukul lima sampai rumah buat muka penat,” ciapan Territory di laman Twitter.

Melihat ciapan yang tular ini, rata-rata pengguna Twitter meluahkan perasaan marah dan menceritakan pengalaman mereka semasa melakukan urusan di pejabat kerajaan, mereka juga menyatakan layanan di pejabat tersebut adalah sangat teruk.

“True story, aku nak jumpa staff DBKL. Banyak kali pergi takda, macam-macam alasan orang meja sebelah bagi. One day, co-worker kata dia tengok site dekat Kepong. Aku pergi breakfast dekat Kampung Baru, dia duduk meja sebelah. Harey betul mengular,” ciapan AmirulFareezA.

Ini sangat la betul. Saya berapa kali call pejabat agama daerah Petaling, tak pernah pernah diangkat. Kemana perginya semua staff? Kalau tgk google review, ramai maki call tak berjawab. Nama je kerja dkt pejabat agama tapi haram nak layan orang,” ciapan FathulAudreyHaz.

“Teringat dulu kita awal-awal pagi dah tercongok sebab nak pick up sijil yang hilang, tiba-tiba nampak akak-akak baru masuk sambil bawa plastik kuih haha bengang ye dahlah kena pergi KL,” ciapan pelikhensem. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya