PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal berdepan situasi cemas dan panik apabila dirempuh sebuah lori yang tidak menyedari penunggang tersebut sedang asyik mengisi angin tayar motosikalnya di sebuah stesen minyak.
Rakaman insiden yang tular di sebuah aplikasi TikTok itu dipercayai dirakam menerusi televisyen litar tertutup milik stesen minyak tersebut.
Menurut seorang pengguna aplikasi TikTok yang menyiarkan klip rakaman itu, pemandu lori yang juga seorang perempuan dikatakan tidak menyedari akan kewujudan penunggang motosikal berkenaan.
“Agak-agak korang salah siapa? Sila komen, penunggang motosikal itu masih diberikan kesempatan,” tulisnya di kapsyen klip rakaman tersebut.
Mengulas kejadian hampir meragut nyawa itu, rata-rata pengguna TikTok menyalahkan pemandu lori yang tidak memeriksa hadapan lori sebelum meneruskan perjalanan dan ada yang menyalahkan penunggang motosikal kerana tidak meletakkan motornya secara mengiring.
“Salah dua-dua sebab lori tu dia tak tengok siapa yang ada kat depan dan motor tu salah sebab cara park nya,” komen aisyahnur1050.
“Motor tu memang parking elok dah nak isi angin tayar, takkan dia nak parking atas divider tu pulak,” komen roslanyusof5897.
“Lori yang salah tapi lori kan tinggi so dia tak nampak. Apa-apa pun kesian orang yang kena dengan lori tu,” komen kumuhamatzidanemubarik.
“Driver lori tu yang salah. tak payah nak backup backup sangat perempuan kalau dah terang-terang tu salah dia,” komen ahloy_35. -UTUSAN ONLINE