Tidak semua restoran di Langkawi harga 'kayangan'  - Utusan Malaysia

Tidak semua restoran di Langkawi harga ‘kayangan’ 

NASARUDDIN ABDUL MUTTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menganggap isu hidangan siakap harga ‘kayangan’ di sini tidak boleh dijadikan garis ukuran bagi semua restoran makanan laut di pulau peranginan itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, masih banyak restoran makanan laut yang menghidangkan makanan tersebut dengan harga munasabah.

“Kita nak elakkan orang pukul rata, (dengan menganggap) semua tempat macam itu, itu tidak adillah.

“Tak perlu risau lonjakan harga makan dan sebagainya, masih banyak lagi tempat-tempat yang masih murah dan berpatutan untuk pelancong di Langkawi,” katanya apabila ditemui di pejabatnya di Kompleks LADA di sini hari ini.

Tambahnya lagi, insiden itu berlaku kerana terdapat masalah komunikasi di antara peniaga dan pelanggan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati.

Jelasnya, peniaga-peniaga di sini perlulah berkomunikasi dengan telus ketika memberitahu harga makanan kepada pelanggan.

Ujarnya, peniaga boleh mengambil iktibar daripada insiden tersebut dengan meningkatkan mutu perkhidmatan mereka terutamanya dari segi komunikasi dengan pelanggan.

Nasaruddin turut meminta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengeluarkan hasil siasatan dengan segera bagi meredakan keadaan.

Pada Khamis lalu, tular dalam media sosial gambar resit menunjukkan sekumpulan individu terpaksa membayar sebanyak RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat  7.48 kg. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya