KUALA LUMPUR: Belum ada wakil kerajaan sama ada Kementerian Kesihatan atau pihak lain mendekati jawatankuasa Hartal Doktor Kontrak bagi berbincang mengenai masalah lantikan tetap dan beberapa tuntutan yang disuarakan golongan berkenaan. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr. Muhammad Yassin berkata, setakat ini, pihaknya tidak didekati sesiapa yang mungkin berusaha untuk berunding secara baik sekali gus mengelakkan berlakunya protes siri kedua di seluruh negara. Hal itu pula hadir selepas gerakan itu mengumumkan akan mengadakan protes siri kedua setelah kerajaan didakwa gagal menyelesaikan masalah lantikan mereka untuk berkhidmat dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya