Terengganu sasar negeri ketiga pilihan pelancong - Utusan Malaysia

Terengganu sasar negeri ketiga pilihan pelancong

AHMAD Samsuri Mokhtar (dua, dari kanan) melancarkan Pelan Strategik Kelestarian Pelancongan Terengganu 2021-2025 di Wisma Darul Iman di sini hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu menyasarkan kedudukan ketiga negeri paling ramai dikunjungi pelancong di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, sasaran itu selaras dengan Pelan Strategik Kelestarian Pelancongan Terengganu 2021-2025. 

Katanya, selaras dengan pembangunan pelan berkenaan, pihaknya turut meletakkan sasaran seramai tiga juta pengunjung ke negeri ini pada tahun depan. 

Kita ada misi dan visi untuk menjadikan Terengganu sebagai destinasi pilihan pelancong dalam serta luar negara. 

“Sebelum ini, kita pernah diiktiraf di kedudukan ketiga di Malaysia dari segi kedatangan pengunjung ke hotel dan kita yakin mampu mencapai sasaran ditetapkan berdasarkan kemasukan orang ramai ke Terengganu pada cuti musim perayaan baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Pelan Strategik Kelestarian Pelancongan Terengganu 2021-2025 yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman di sini hari ini. 

Terdahulu, Ariffin berkata, pelan yang julung kali diperkenalkan itu merangkumi lima teras, 23 strategi, 69 pelan tindakan dan 184 taktik sebagai hala tuju industri pelancongan di Terengganu.

Katanya, antara fokus utama adalah untuk memastikan mutu penyampaian perkhidmatan berkualiti, menekankan pembangunan kepelbagaian produk pelancongan melalui pendekatan komuniti pelancongan di samping pemantapan jaringan infrastruktur pemasaran melalui sinergi pelbagai agensi yang sekali gus dapat melonjak pendapatan rakyat serta negeri.  -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya