Syed Saddiq persoal tubuh sekolah perpaduan vs sekolah kebangsaan - Utusan Malaysia

Syed Saddiq persoal tubuh sekolah perpaduan vs sekolah kebangsaan

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan cadangan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin supaya kerajaan membina sekolah perpaduan.

Syed Saddiq berhujah dalam Twitter, jika soal memupuk perpaduan, hal itu boleh dilaksanakan di sekolah kebangsaan.

“Apa beza sekolah kebangsaan biasa dengan sekolah perpaduan? Kalau isunya pada perpaduan, kenapa sekolah pula kena bina? Jangan gah saja pada nama. Buat lawak lucah di sekolah, tiada tindakan keras! Bina MARA Digital Mall, akhirnya lingkup! Keluarga Malaysia? Jangan cerita,! Soalnya dalam ciapan Twitter.

Bung Moktar dalam sidang Dewan Rakyat hari ini mencadangkan supaya sebuah sekolah perpaduan yang mempunyai pelbagai aliran diwujudkan bagi meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum dan agama.

Beliau berkata, walaupun sekolah perpaduan mempunyai aliran kebangsaan, Cina, Tamil dan lain-lain, sekurang-kurangnya pelajar berada di dalam satu kawasan sekali gus berkongsi hidup dengan aman damai tanpa lupa asal usul.

“Boleh ada ajaran kelas (aliran) sekolah-sekolah begini, tetapi carilah sekolah perpaduan, wujudkan sekurang-kurangnya mereka duduk dalam satu bumbung, berkongsi dewan, berkongsi kantin dan berkongsi padang barulah ada cetusan perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perpaduan. -UTUSAN ONLINE

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya