Slot animasi di Malaysia masih kurang, rencat kreativiti pengkarya - Utusan Malaysia

Slot animasi di Malaysia masih kurang, rencat kreativiti pengkarya

AMEIR HAMZAH HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Slot siaran animasi di stesen televisyen masih terlampau sedikit dan tidak seimbang dengan jumlah studio di negara ini.

Presiden Persatuan Animasi Malaysia (Animas), Ameir Hamzah Hashim dalam satu kenyataan berkata, slot siaran animasi sepatutnya ditambah lebih banyak agar semua pemain industri dapat mengetengahkan hasil karya dan bersaing secara sihat mempamer karya kepada penonton tempatan sebelum ia dieksport ke stesen luar negara. 

Apa yang membimbangkan katanya, jika situasi tersebut berterusan ia berpotensi merencat dan membunuh daya kreativiti tempatan. 

“Jika kurangnya slot siaran, maka tidak ramai pengkarya dapat menyiarkan  hasil mereka di kaca televisyen. Itu belum lagi nilai harga belian stesen televisyen  untuk animasi yang  ternyata masih di tahap rendah. 

“Di sebalik keterujaan para pemain industri animasi tanah air terhadap pengumuman RM30 juta dalam bentuk pinjaman bagi industri animasi tempatan semasa pembentangan Bajet 2022 untuk meningkatkan upaya industri animasi, kerajaan telah terlepas pandang terhadap isu sebenar dalam kitaran industri animasi tempatan. ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Animas turut berharap agar agensi yang diamanahkan untuk mengurus dana diperkemas dan diperbaiki aliran proses permohonan. 

Menurutnya, kerajaan perlu kurangkan birokrasi dan lantik panel yang selayaknya untuk menilai setiap permohonan. Pemain industri tidak mahu dengar, syarikat pembekal belon, syarikat percetakan atau syarikat pembersihan turut mendapat dana pembangunan animasi. 

“Pemilihan panel industri yang layak perlu diberi pertimbangan kewajarannya bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak sahaja diberi peruntukan selain tidak melakukan  pertimbangan yang salah dengan menjurus hanya kepada satu-satu jenis animasi sahaja.

“Konsep seni atau corak penceritaan atas sudut pandang perlu dilihat antarabangsa. Sedangkan nilai sesebuah animasi sangat subjektif tetapi  harus mengangkat serta menjalin budaya tempatan dengan nilai sejagat,” katanya.

Menurut Animasi, setiap karya mampu membawa bahasa, sudut pandang serta kebudayaan kita yang pelbagai merentas medan antarabangsa. Ini telah terbukti melalui animasi Usop Sontorian yang diterima baik stesen televisyen  luar negara pada masa dahulu, diikuti oleh Lat, Kampung Boy, Anak-Anak Sidek dan terkini Upin dan Ipin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya