SKMM bantu selaras Pakej Peranti Siswa Keluarga Malaysia - Utusan Malaysia

SKMM bantu selaras Pakej Peranti Siswa Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membantu dalam menyelaras pelaksanaan Pakej Peranti Siswa Keluarga Malaysia seperti diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022, Jumaat lalu.

SKMM menerusi kenyataan berkata, pihaknya menjangkakan tempoh pendaftaran bagi pakej itu akan bermula pada suku kedua tahun depan.

Menurutnya, SKMM dan penyedia perkhidmatan mudah alih di negara ini akan bekerjasama bagi memastikan pelaksanaan inisiatif ini berjalan lancar.

“Penyedia perkhidmatan mudah alih berkenaan termasuk Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).

“Pakej Peranti Siswa Keluarga Malaysia yang ditawarkan penyedia perkhidmatan ini dijangka membantu pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menjalankan aktiviti pembelajaran dalam talian, melayari internet untuk tujuan penyelidikan dan penghantaran mesej kepada keluarga dan rakan-rakan,” katanya.

Katanya, usahasama kerajaan dan penyedia perkhidmatan memastikan kebolehcapaian digital yang lebih baik untuk Keluarga Malaysia, yang mana pelajar IPT adalah peneraju masa depan negara. 

Pakej Peranti Siswa Keluarga Malaysia diperkenalkan khusus untuk pelajar IPT dari golongan B40 untuk memiliki sebuah peranti tablet bersama data jalur lebar mudah alih. 

Pengenalan pakej yang dibentangkan dalam Bajet 2022 baru-baru ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses internet pada kos berpatutan. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya