Sistem e-PG diperluas ke seluruh Semenanjung - Utusan Malaysia

Sistem e-PG diperluas ke seluruh Semenanjung

SISTEM e-PG akan memudahkan pengguna jalan raya yang disaman menyelesaikan saman mereka tanpa perlu hadir ke mahkamah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sistem Pengakuan Salah Kes Saman Trafik Secara Dalam Talian (Sistem e-PG) akan diperluaskan ke seluruh negara selepas dilancarkan secara rintis di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan bermula 1 April lalu.

Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan memaklumkan, ia diperluaskan melibatkan di Mahkamah Majistret Johor bermula pada 25 November, Melaka dan Pahang pada 2 Disember manakala di Perak pula pada 9 Disember.

“Mahkamah-mahkamah Majistret bagi Pulau Pinang, Kedah dan Perlis akan memulakannya pada 16 Disember sementara di Terengganu dan Kelantan pada 23 Disember,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini.

Sehubungan itu, orang kena sama (OKS) yang mempunyai kes didaftarkan di mahkamah-mahkamah tersebut boleh mengakses Sistem e-PG di https://ecourt.kehakiman.gov.gov.my pada tarikh sebutan pertama kes. 

OKS juga boleh menyemak senarai kausa kes dan semakan status pendaftaran kes saman trafik secara dalam talian melalui pautan https://ecourtservices.kehakiman.gov.my/CauseList dengan memasukkan lokasi mahkamah serta tarikh sebutan kes.

Orang awam dan peguam yang berhasrat untuk memahami tatacara prosiding dan menggunakan Sistem e-PG dengan lebih lanjut boleh melayari portal rasmi Badan Kehakiman Malaysia di www.kehakiman.gov.my atau menghubungi emel [email protected] atau talian 03-27331313. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya