DEBARAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berakhir malam Sabtu lalu, namun persoalan berhubung pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) masih tergantung tanpa berita. Jika kata-kata Ketua Menteri Melaka Ke-13, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali selepas Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan dijadikan sandaran, pengumuman mengenai perkara itu sepatutnya berlangsung selewat-lewatnya esok (Jumaat). Tidak dapat dinafikan jadual Sulaiman dan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam agak padat minggu ini, memandangkan kedua-dua pemimpin itu perlu menghadiri beberapa mesyuarat penting antaranya Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-257 di Istana Negara,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya