Setiausaha Luar Britain lawat Malaysia - Utusan Malaysia

Setiausaha Luar Britain lawat Malaysia

ELIZABETH TRUSS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menerima kunjungan hormat dari Setiausaha Luar, Komanwel dan Hal Ehwal Pembangunan Britain, Elizabeth Marry Truss.

Menurut kenyataan Kementerian Luar di sini, ia merupakan lawatan rasmi kali pertama wanita tersebut ke negara ini setelah baru dilantik ke jawatan berkenaan pada 15 September lalu.

“Kedua-dua Menteri Luar ini dijadualkan membuat penilaian secara menyeluruh ke atas tahap kemajuan dalam hubungan yang telah lama terjalin antara dua negara,” kata Wisma Putra.

Kunjungan tersebut juga ujar kenyataan berkenaan, bakal memberi peluang kerjasama antara kedua-dua negara dalam isu pasca pandemik Covid-19 terutama bidang pemulihan ekonomi.

Wisma Putra menambah, perbincangan juga dijangka menyentuh pelbagai isu yang berkaitan aspek keselamatan serantau, situasi di Myanmar, Komanwel dan perubahan iklim sejagat.

Truss, 46, turut dijadualkan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk bertukar pendapat dalam beberapa isu kerjasama dua hala.

Ini turut meliputi perbincangan mengenai jalinan peringkat serantau dan antarabangsa yang berkepentingan secara bersama melibatkan Malaysia-Britain sejak lebih enam dekad lalu.

“Kedua-dua negara ini merupakan rakan kerjasama yang erat dalam pelbagai aspek termasuk hubungan dari kalangan rakyat-kepada-rakyat,” jelas kenyataan kementerian berkenaan lagi.

Sepanjang tahun lalu, nilai perdagangan antara Malaysia dan Britain merekodkan sebanyak RM16.69 bilion iaitu 1.4 peratus lebih tinggi berbanding catatan pada 2019 yang sebelumnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya