Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Kapten Mohamad Affendi - Utusan Malaysia

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Kapten Mohamad Affendi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, yang terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 di Butterworth, Pulau Pinang semalam.

Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham dan berharap supaya seluruh ahli keluarganya sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu. 

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia amat menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarham kepada TUDM dan negara.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada angkatan TUDM dan negara,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

“Seri Paduka Baginda berdua juga mendoakan juruterbang TUDM, Mejar Mohd Fareez Omar, 33, yang cedera akibat tragedi itu dan sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dikurniakan kesembuhan segera,” katanya. 

Dalam kejadian semalam, pesawat pejuang Hawk 108 TUDM yang dikendalikan dua juruterbang yang sedang menjalani latihan penerbangan di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth dilaporkan terhempas pada pukul 10.07 malam. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya