ALOR GAJAH: Kawasan-kawasan tumpuan pelancong di sekitar Masjid Tanah dekat sini, kelihatan suram dan lengang pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, semalam. Tinjauan Mingguan Malaysia di Pantai Pengkalan Balak dan Pantai Sungai Tuang mendapati, kawasan tersebut tidak semeriah seperti kebiasaan. Hanya deretan kenderaan pengundi dan jentera parti politik yang bertanding memenuhi bahu jalan. Seorang peniaga, Norshafina Mohamad, 33, berkata, perniagaannya perlahan semalam kerana kemerosotan kehadiran pengunjung terutama pelancong luar. Katanya, jualan barang niaganya masih tidak sampai separuh meskipun membuka gerai seawal pukul 8 pagi. “Saya biasanya menyediakan 300…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya