PBS politeknik pertama sempurna konvokesyen bersemuka - Utusan Malaysia

PBS politeknik pertama sempurna konvokesyen bersemuka

ZAINAH Rujihan (kiri) bersama Zulkifli Selamat (dua kiri) dan penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen PBS ke-10 di Shah Alam, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Politeknik Banting, Selangor (PBS) menjadi politeknik pertama yang berjaya menyempurnakan majlis konvokesyen secara bersemuka ketika musim pandemik Covid-19.

Konvokesyen kali ke-10 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) di sini, hari ini melibatkan seramai 338 graduan bagi sesi Disember 2019 dan Jun 2020. 

Mereka terdiri daripada 183 graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat (97) dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)  seramai 58 graduan.

Pengarah PBS, Zainah Rujihan berkata, pihaknya mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang konvokesyen berkenaan.

Katanya, penganjuran majlis berkenaan berlangsung dalam dua sidang iaitu pada sebelah pagi dan petang.

“Semua graduan, jemputan dan petugas diwajibkan menjalani ujian pengesanan Covid-19 sehari sebelum menghadiri konvokesyen tersebut.

“PBS bersyukur semuanya berjalan lancar sekali gus menjadi politeknik pertama menyempurnakan konvokesyen secara bersemuka ketika pandemik,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Konvokesyen itu dirasmikan Pengarah Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Noor Azizan Itam dan Timbalan Pengarah Urusan Panasonic Industrial Devices Malaysia Sdn. Bhd., Zulkifli Selamat.

Pada majlis itu, dua graduan Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pengarah Politeknik iaitu Muhammad Akmal Faiq Jaher Hussen dan Joanis anak Enteri.

Jelas Zainah, statistik kebolehpasaran graduan PBS yang sudah mendapat pekerjaan mencapai 94.4 peratus tahun ini.

“Usaha PBS antaranya mewujudkan sistem pengukuran kemahiran insaniah (GSA) untuk menguji keberkesanan pelajar menjadi cemerlang dalam bidang akademik.

“Sistem itu turut melihat penguasaan kemahiran berkomunikasi dan kemahiran pemikiran kritis, moral, etika profesional serta kerja berpasukan,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya turut menjalin kolaborasi dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi memantapkan lagi kemahiran pelajar.

“CAAM bertanggungjawab mengeluarkan lesen pentauliahan profesional kepada juruteknik dan jurutera penyelenggaraan pesawat.

“Kerjasama seumpama itu selaras dengan fungsi PBS sebagai pusat bertauliah CAAM dan satu-satunya di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya