ARAU: Pas mengakui akar umbi parti itu lebih ke arah bersama Muafakat Nasional (MN) dan usaha ke arah kerjasama bersama UMNO itu diharapkan dapat terus diperkukuh menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, meskipun akar umbi dilihat lebih menyokong MN namun dalam masa sama, Pas tidak akan meninggalkan Perikatan Nasional (PN) demi penyatuan ummah. Katanya, UMNO adalah sahabat Pas dalam MN dan diharapkan kerjasama tersebut terus diperkukuh menjelang PRU-15 dan rundingan menyatupadukan ketiga-tiga parti itu akan terus dilakukan. “Kita akui…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya