[PARLIMEN] Pengagihan subsidi minyak harus telus- Anwar - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Pengagihan subsidi minyak harus telus- Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan harus telus dalam menangani isu ketirisan subsidi minyak dengan memastikan setiap maklumat berkait dengan kebocoran dan pengagihan kontrak syarikat yang mengagih dirangkumi dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (Port Dickson-PH) meminta jaminan kerajaan supaya subsidi minyak akan diberikan kepada golongan yang berhak.

“Saya tertarik dengan jawapan Menteri (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi) kerana mengambil langkah mengadakan kajian mengoptimakan keberkesanan mekanisme. Kalau kita lihat kajian Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun, ketirisan subsidi minyak ini besar sekali dan tindakan yang diambil itu tidak berkesan.

“Ada dua masalah yang sudah sedia maklum dan yang pertama adalah cara pengagihan kontrak kepada syarikat-syarikat yang mengagihkan yang kaut keuntungan dan membocorkan. Keduanya, menyerahkan subsidi itu kepada golongan yang tidak layak sepertimana yang juga berlaku di Sabah dan Sarawak dan juga subsidi minyak kepada nelayan di sini.

“Saya minta jaminan daripada menteri sebelum mekanisme ini ditetapkan dalam kajian, jaminan bahawa pengagihan ini harus lebih telus, dewan harus dimaklum tentang kaedahnya, siapa yang perolehi dan memaklumkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun untuk menyebut secara khusus kebocoran itu supaya dapat dielakkan,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata demikian selepas bangun mencelah dalam sesi menjawab pertanyaan-pertanyaan menteri iaitu ketika sesi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Terdahulu, Datuk Robert Lawson Chuat (Betong-GPS) meminta kementerian itu untuk menyatakan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan supaya subsidi minyak masak serta subsidi di bawah kawal selia kementerian dapat dioptimumkan dan agihan subsidi tersebut sampai ke golongan sasaran.

Menjawab kepada celahan itu, Alexander  memberitahu,  pihak kementerian sedia mempertimbangkan untuk melaksanakan kajian.

“Saya terima pandangan itu dengan keterbukaan kerana itu adalah satu nilai konstruktif yang boleh digunakan kelak. Kalau berkata berkenaan ketirisan, kita akui ada pelbagai bentuk ketirisan mungkin menerusi pelaksanaan dan pengagihan kontrak yang terdahulu.

“Namun, saya tidak ada pernah jalankan sebarang pengagihan kerana masa saya, semua kuota sudah habis. Jadi kita akan tengok kepada itu juga.

“Sekarang, kita ada 19 kes yang kita kesan dan kita jalankan siasatan. Ada juga daripada 19 kes ini yang kita hadapkan ke mahkamah. Itu menunjukkan penguatkuasaan KPDNHEP ini serius dan sebaik-baiknya,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya