[PARLIMEN] Bajet 2022 lulus di peringkat dasar - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Bajet 2022 lulus di peringkat dasar

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz lulus pada peringkat dasar dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 itu adalah yang pertama dibentangkan di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam sesi yang sama, Tengku Zafrul mengumumkan kerajaan akan memberikan peruntukan tambahan RM100 juta bagi usaha-usaha menambah baik tadbir urus, kecekapan dan ketelusan pengurusan kewangan serta bajet membabitkannya.

Katanya, Jabatan Audit Negara juga akan diperuntukan sebanyak RM10 juta bagi memperkukuh keupayaan dan pengoptimuman proses pengauditan.

“Perkara ini selari dengan hasrat dan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya kerajaan mengambil tindakan sewajarnya susulan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini yang membangkitkan isu pembaziran wang awam.

“Langkah ini turut mengambil kira pandangan ahli-ahli Parlimen supaya peruntukan Jabatan Audit Negara ditambah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat dasar, Tengku Zafrul berkata penambahan itu turut merangkumi RM15 juta bagi meningkatkan keberkesanan peranan Parlimen dalam tadbir urus yang diperkukuh dengan jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Kerajaan juga akan menyediakan sejumlah RM10 juta untuk menyokong usaha Kumpulan Parlimen Rentas Parti Malaysia – Matlamat Pembangunan Mampan (APPM-SDG) bagi meningkatkan program-program berkaitan selain mengeratkan kerjasama antara parti politik ke arah agenda kemampanan di peringkat akar umbi.

Tambahnya, peruntukan tambahan RM15 juta disalurkan kepada Jabatan Perangkaan Malaysia dan agensi berkaitan bagi menggerakkan serta memantapkan ketersediaan data supaya setiap dasar kerajaan lebih inklusif, bersasar dan menyeluruh terutama yang melibatkan penyediaan bajet tahunan negara.

“Hal ini selaras dengan hasrat ahli-ahli yang berhormat supaya data-data diperincikan ke peringkat negeri dan kawasan Parlimen serta pemusatan data bagi bantuan dan subsidi demi memastikan pemberian subsidi yang lebih bersasar,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya