Nanostix sokong duti eksais rokok elektronik - Shabudeen

Nanostix sokong duti eksais rokok elektronik

SHAHABUDEEN JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pengeluar rokok elektronik, Nanostix Innovations Sdn. Bhd. menyokong duti eksais yang dikenakan ke atas cecair perisa bernikotin bermula 1 Januari 2022.

Syarikat pengeluar rokok elektronik, Nanostix Innovations Sdn. Bhd. menyokong duti eksais yang dikenakan ke atas cecair perisa bernikotin bermula 1 Januari 2022.

Pengarahnya, Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman berkata, ini meskipun mereka menjangkakan duti eksais yang akan dibayar akan mencecah lebih RM100 juta pada hujung 2022, memandangkan kadar cukai yang ditetapkan pada Bajet 2022 adalah RM1.20 untuk setiap mililiter (ml) cecair vape.

“Walaupun berlaku peningkatan kos sebanyak RM 9.60 akibat pengenaan cukai bagi sekotak perisa, Nanostix merancang untuk menyerap separuh daripada kos ini bagi mengurangkan beban yang bakal ditanggung oleh pengguna.

NANOSTIX bakal mengeluarkan peranti baharu yang lebih baik dan akan meningkatkan kapasiti pod kepada lebih 33 peratus untuk memberi nilai tambah kepada pelanggan sedia ada dan baharu.

“Sekalipun berdepan dengan cukai yang agak tinggi, Nanostix komited dalam usaha menggalakkan perokok beralih ke alternatif yang lebih baik,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Bagi mendepani impak duti eksais, Shahabudeen memberitahu, Nanostix menyasarkan untuk mengeluarkan peranti baharu yang lebih baik.

Katanya, untuk cecair perisa, dengan pengeluaran di kilang berstatus amalan pengilangan baik (GMP), Nanostix akan meningkatkan kapasiti pod kepada lebih 33 peratus untuk memberi nilai tambah kepada pelanggan sedia ada dan baharu.

“Langkah ini juga bakal mengurangkan beban peningkatan harga yang akan ditanggung oleh pengguna,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya