Najib tolak tawaran tanah untuk bekas Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Najib tolak tawaran tanah untuk bekas Perdana Menteri

NAJIB Tun Razak (kanan) mengadakan sidang akhbar di La Crista Hotel, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak tawaran bagi mendapatkan tanah untuk kediaman yang dibuat sejajar dengan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.

Ahli Parlimen Pekan itu menegaskan, keputusan yang diambilnya berikutan perkara tersebut telah mencetuskan suasana tidak selesa dalam kalangan banyak pihak, walaupun ia adalah peruntukan kelayakan yang diterima semua bekas Perdana Menteri sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengkaji semula akta tersebut.

“Semua kemudahan tersebut telah diperoleh semua bekas Perdana Menteri sebelum saya. Jadi saya buat permohonan sejajar peruntukan sedia ada selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), namun ia masih belum diluluskan.

“Permohonan ini saya buat berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 yang mana ia telah diubah suai diperbaiki oleh bekas Perdana Menteri Kelima, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 2013.

“Bukan maknanya saya minta kerajaan menyediakan RM100 juta untuk saya. Kerajaan minta saya pilih berdasarkan beberapa pilihan, jadi saya pilih lokasi paling sesuai untuk keperluan saya membina rumah dan tanah dipilih pula adalah hak milik tanah kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Najib berkata demikian ketika mengenai isu yang dibangkitkan Dr. Mahathir di Dewan Rakyat semalam.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat, soalan itu lebih sesuai ditanyakan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana ia terletak di bawah kementerian terbabit.

Mengulas mengenai nilai tanah tersebut, Najib berkata, beliau tidak tahu nilai tanah tersebut mencecah sehingga RM100 juta dan terkejut apabila mendapat tahu perkara berkenaan.

“Saya bukan tahu nak menilai harga tanah tersebut, lagi pun tanah itu adalah milik kerajaan sepenuhnya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Najib turut melahirkan rasa kesal kerana isu itu sengaja dibangkitkan serta menjadi sasaran utama propaganda pilihan lawan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya