Mayat lelaki ditemukan berdekatan Kolej Komuniti Jerantut - Utusan Malaysia

Mayat lelaki ditemukan berdekatan Kolej Komuniti Jerantut

TIGA anggota polis mengangkat mayat seorang lelaki untuk dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat berdekatan Kolej Komuniti Jerantut di Jerantut, Pahang. - GAMBAR IHSAN IPD JERANTUT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Mayat seorang lelaki dipercayai mempunyai masalah sakit mental ditemukan berdekatan Kolej Komuniti Jerantut di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Azman Mat Kamis berkata, mayat Muhammad Zawawi Mohamad, 50, ditemukan tanpa pakaian oleh orang awam kira-kira pukul 8 pagi.

“Menerusi maklumat yang diperolehi, lelaki ini berasal dari Kampung Doja, Jerantut yang masih bujang dan merupakan seorang penganggur.

“Dia (Muhammad Zawawi) mengalami komplikasi sakit mental sejak 10 tahun lalu akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mendapat rawatan di Hospital Besar Johor Bharu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Menurut Azman, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Jerantut untuk tujuan bedah siasat.

“Bagaimanapun, polis difahamkan oleh pihak hospital memerlukan tempoh masa untuk menjalankan ujian Polimerase Chain Reaction (PCR) bagi tujuan penilaian Covid-19,” katanya.

Ujarnya, polis masih menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat lelaki tersebut dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut menerusi talian 092662222. -UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya