Mas Ermieyati calon Ketua Menteri PN  - Utusan Malaysia

Mas Ermieyati calon Ketua Menteri PN 

Mas Ermieyati Samsudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk menamakan Naib Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya parti berkenaan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat berikutan ahli Parlimen Masjid Tanah itu seorang wanita berkelayakan, profesional, muda dan mempunyai banyak pengalaman.

Beliau berkata, pengumuman itu menjadi bukti bahawa PN sentiasa memberi ruang kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina untuk memegang jawatan penting.

“Keputusan pimpinan PN bersetuju menamakan Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri PN.

“Saya pun tahu tak pernah ada di negara kita (calon Ketua Menteri seorang wanita), tetapi terbukti PN sentiasa memberi ruang kepada sesiapa saja tak kira jantina baik lelaki mahu pun wanita untuk memegang jawatan-jawatan penting seperti itu.

“Ini terbukti Melaka melakar sejarah negeri pertama kita harapkan akan nanti terpilih menjadi Ketua Menteri dengan harapan PN yang mempertaruhkan calon di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh mencapai kemenangan besar,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PN, hari ini.

Mas Ermieyati akan berdepan dengan calon Barisan Nasional, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan calon Pakatan Harapan, Zainal Hassan di Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara.

Menurut Muhyiddin, pihaknya mengharapkan pengundi Melaka dapat menerima pencalonan Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri mereka nanti.

“Saya sudah lama turun gelanggang kebawah dan saya dapati pengundi Melaka cukup luas pengetahuan politik.

“Dia (pengundi) tak sebut lelaki atau perempuan, tetapi dia mahu pemimpin bersih, ada pengalaman selain kelayakan, boleh buat kerja dan track record (bagus), kesemua ini ada pada Mas Ermieyati.

“Saya fikir ini (Mas Ermieyati) adalah calon yang agak mudah diterima adalah calon yg agak mudah diterima, jika dari segi budi bahasa santun peramah tak perlu cakap lagi, memang orang Melaka kenal beliau (yang) telah menjadi ahli politik lama di situ.

“Jadi kita harap mereka (pengundi Melaka) bersikap terbuka untuk terima beliau sebagai calon Ketua Menteri,” jelasnya. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya