Majlis kesyukuran ulang tahun keputeraan Sultan Nazrin di Masjid Ubudiah - Utusan Malaysia

Majlis kesyukuran ulang tahun keputeraan Sultan Nazrin di Masjid Ubudiah

RAJA Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa (kiri) berangkat pada majlis kesyukuran sempena sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Lebih 200 jemaah menghadiri  majlis kesyukuran sempena sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tahun ini di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di sini hari ini.

Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa berkenan berangkat pada majlis tersebut.

Berangkat sama, Raja Di-Hilir, Raja Iskandar Dzulkarnain Idris Shah.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad.

Bacaan surah Yassin dipimpin oleh Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim, diikuti tahlil dan doa selamat sebelum jemaah menunaikan solat Jumaat.

Seramai 500 jemaah menunaikan solat Jumaat yang didahului dengan khutbah khas bertajuk ‘Raja Pemerintah, Payung Kedaulatan Negara’ disampaikan oleh Imam Utama Masjid Ubudiah, Badrul Husaini Baharuddin.

Majlis kesyukuran diadakan sempena sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Perak yang diputuskan pada Jumaat pertama dalam bulan November.

Majlis sama turut diadakan serentak di masjid seluruh negeri. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya