Lelaki ditemukan mati di perhentian bas - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan mati di perhentian bas

KEADAAN mayat seorang lelaki yang ditemukan mati di di perhentian bas Jalan Lencongan Timur, Sungai Petani hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki ditemukan mati di sebuah perhentian bas Jalan Lencongan Timur berhadapan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mayat lelaki berusia 39 tahun itu ditemukan orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 11.05 pagi.

Beliau berkata, mayat mangsa yang berasal dari Skudai, Johor itu ditemui dalam keadaan terbaring di atas kerusi batu serta terdapat juga kesan lebam di bahagian mata kanan dan kesan calar di bahagian kaki mangsa.

Menurutnya,  hasil siasatan lanjut, mendapati mangsa telah dimasukkan ke HSAH dan dirawat di wad pada Isnin lalu.

Menurutnya, lelaki itu dimasukkan ke HSAH akibat kecederaan di bahagian kepala dan lebam di bahagian mata serta mendapat jahitan di bawah mata. 

“Mangsa telah keluar wad pada Khamis lalu dan datang semula ke HSAH pada hari ini bagi mendapat rawatan kerana mengadu sakit lutut.

“Pemeriksaan lanjut dengan pihak HSAH mendapati terdapat kesan kecederaan pada tubuh mangsa dipercayai akibat di pukul. 

“Bagaimanapun hasil semakan mendapati tiada sebarang laporan polis yang dibuat mangsa berkaitan kes pukul,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa telah dibawa ke HSAH untuk tindakan lanjut.

“Ujian saringan Covid-19 akan dilakukan sebelum bedah siasat manakala bedah siasat akan di lakukan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar. 

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya