MELAKA: Dua pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan Bemban dilihat tidak bersedia untuk duduk di kerusi pembangkang bersama lima lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH). Ini susulan kenyataan salah seorang pemimpin tersebut kepada Utusan Malaysia yang menegaskan, pembentukan kerajaan negeri perlu mengambil kira komposisi kerajaan di peringkat Pusat yang mencerminkan keharmonian kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PN. ADUN Bemban, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub berkata, perkara itu wajar dipertimbangkan demi kestabilan politik dan selari dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya