Lebih 1.6 tan saderi dari China dilupuskan - Utusan Malaysia

Lebih 1.6 tan saderi dari China dilupuskan

SEBANYAK 1,620 kilogram saderi yang diimport dari China dilupuskan JKN Pulau Pinang kerana dikesan mengandungi residu racun perosak jenis Organonitrogen melebihi had yang dibenarkan. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) hari ini melupuskan 1,620 kilogram saderi yang diimport dari China kerana dikesan mengandungi residu racun perosak jenis Organonitrogen melebihi had yang dibenarkan.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ma’arof Sudin berkata, sayuran berkenaan yang bernilai RM12,960 dibawa masuk dari China menerusi pintu masuk antarabangsa Pulau Pinang.

Menurutnya, JKNPP melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan akan terus memastikan produk hasil pertanian yang diimport masuk ke negara ini adalah mematuhi keperluan Akta Makanan 198 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Ini bagi memastikan pengguna dapat dilindungi daripada isu berkaitan keselamatan makanan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah menjalankan pemantauan secara berkala ke atas produk pertanian yang dijual di pasaran tempatan.

“Hasil daripada pemantauan yang dijalankan pada tahun lalu mendapati secara puratanya 12.2 peratus produk melanggar residu racun perosak telah dikesan.

“Kebolehkesanan telah dilaksanakan dan diuar-uarkan kepada pengeluar serta pengimport produk hasil pertanian berkaitan perkara ini,” katanya.

Tambahnya, pada tahun ini, pemantauan kehadiran residu racun perosak dalam produk hasil pertanian telah diteruskan secara berterusan dan tindakan di pelbagai peringkat telah dilaksanakan.

Jelasnya, usaha itu bagi memastikan semua pengeluar, penjual, ejen dan pengimport produk hasil pertanian mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan- Peraturan Makanan 1985. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya