Kegagalan pendawaian punca utama kebakaran rumah di Selangor - Utusan Malaysia

Kegagalan pendawaian punca utama kebakaran rumah di Selangor

NORAZAM KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kegagalan sistem pendawaian elektrik di rumah atau kediaman menjadi penyumbang utama punca berlakunya kebakaran di Selangor.

Berdasarkan statistik tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, sebanyak 54 peratus kebakaran berpunca faktor itu selain melibatkan perkakasan gas.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, rekod menunjukkan rumah kediaman menyumbang kepada 63 peratus jumlah kebakaran di negeri ini. 

Katanya, punca bencana itu antaranya berikutan kegagalan sistem pendawaian dan perkakasan elektrik yang digunakan.

“Pendawaian yang usang perlu dilakukan penyelenggaraan semula oleh kontraktor yang bertauliah.

“Perkakasan elektrik yang diiktiraf oleh SIRIM juga penting bagi mengelak kegagalan fungsinya yang boleh mengakibatkan kebakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Kempen Keselamatan Kebakaran JBPM peringkat negeri di sini, petang tadi.

Objektif utama kempen atas talian selama sebulan itu bertujuan memberi kesedaran kepada orang awam mengenai langkah tepat mencegah kebakaran dan keselamatan ketika menghadapi bencana.

Jelas Norazam, statistik turut menunjukkan kerugian yang ditanggung akibat kebakaran masih bernilai jutaan ringgit.

“Ia menunjukkan bahawa kesedaran mengenai keselamatan di rumah perlu diberi penekanan lebih serius supaya peratusan itu dapat dikurangkan. 

“Tugas bomba sememangnya memadamkan kebakaran namun masyarakat juga perlu memastikan keselamatan kediaman di bawah tanggungjawab penghuni rumah itu sendiri,” ujarnya.

Tambah beliau, isu keselamatan tidak boleh hanya dipandang remeh dan semua pihak perlu sentiasa peka serta cakna menghadapinya setiap masa. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya