'Jangan berleter' bukan dalam jadual hukuman KPM - Utusan Malaysia

‘Jangan berleter’ bukan dalam jadual hukuman KPM

TULAR bentuk-bentuk hukuman yang didakwa dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan jadual bertajuk ‘Unit Disiplin KPM: Bentuk-Bentuk Hukuman Yang Dilarang’ seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Menurut kenyataan akhbar KPM, tatacara pengurusan disiplin yang dikeluarkan KPM adalah mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Sekolah) 1959 serta Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 8/1983: Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran.

“Seterusnya, SPI Bil. 7/1995: Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah, SPI Bil. 10/2001: Semua Guru Adalah Guru Disiplin, SPI Bil. 7/2003: Kuasa Guru Merotan Murid dan SPI Bil. 7 Tahun 2011: Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin.

“Sehubungan itu, KPM menegaskan bahawa tatacara pengurusan disiplin murid adalah berdasarkan Garis Panduan dan SPI yang dinyatakan tersebut,” katanya hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial berhubung bentuk hukuman yang dilarang iaitu terhadap fizikal serta mental dan emosi kononnya dikeluarkan oleh Unit Disiplin KPM.

Berdasarkan jadual yang ditularkan itu, hukuman terhadap fizikal yang dilarang antaranya berdiri lama di tengah panas, lari keliling padang, berdiri lama di dalam atau luar bilik darjah, memukul diri sendiri atau sesama sendiri, berdiri di atas kerusi atau meja serta menarik rambut atau telinga.

Untuk hukuman terhadap mental dan emosi yang dilarang seperti gunting rambut, berdiri membuat latihan, berleter, gantung tulisan di badan, memalukan di khalayak ramai, kelas tahanan pada waktu rehat, memaki hamun, menconteng muka dengan kapur, koyak buku latihan, mengugut atau menggertak murid, tidak menghiraukan murid dan tidak menanda buku latihan. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya