Ivermectin : Perlu kajian berskala besar - Utusan Malaysia

Ivermectin : Perlu kajian berskala besar

DR. Zainal Ariffin Omar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu melakukan banyak kajian sebelum membenarkan penggunaan Ivermectin dalam rawatan pesakit Covid-19.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, Ivermectin adalah sejenis ubat digunakan untuk merawat jangkitan parasit di dalam badan manusia.

Menurutnya, terdapat kajian yang menyatakan Ivermectin selamat digunakan akan tetapi terdapat kesan sampingan yang bakal dirasai oleh pengambil jika mereka tidak mengikut dos yang sesuai seperti cirit-birit dan sebagainya.

“Kita kena lakukan banyak lagi kajian jika kita hendak menghalang orang ramai mengambil ubat berkenana kerana terdapat beberapa kajian yang membuktikkan Ivermectin mencegah wabak itu daripada melarat dan ada kajian yang menyatakan sebaliknya.

“Pandangan saya jika mahu mengubati Covid-19 ikutlah (nasihat) pihak yang arif serta prosedur yang betul dan jangan melakukan sesuatu yang sembarangan,” katanya semasa dihubungi oleh Utusan Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah sebelum ini mendedahkan Ivermectin tidak disyorkan untuk dimasukkan ke dalam garis panduan rawatan Covid-19 sedia ada kerana ia tidak mengurangkan risiko penyakit berkenaan tahap teruk.

Katanya lagi, Institut Kesihatan Negara (NIH) memperoleh hasil dapatan kajian Ivermectin ke atas 500 pesakit.

Sementara itu pakar kesihatan awam Dr. Hanafiah Bashirun berkata, Kementerian Kesihatan perlu menjalankan kajian yang berskala besar untuk meyakinkan masyarakat bahawa pengambilan ubat terkawal itu tidak mengurangkan risiko wabak Covid-19.

“Jika kita nak kata pengambilan Ivermectin itu tidak mengurangkan risiko berdasarkan hasil dapatan kajian yang dibuat oleh pihak Kementerian Kesihatan, ia tidak adil kerana kajian yang dibuat adalah ke atas pesakit yang berumur 50 tahun ke atas dengan komorbid.

“Kementerian Kesihatan perlu menjalankan kajian yang sama tapi dengan skala yang lebih besar melibatkan individu muda dan tidak mempunyai sakit kronik untuk meyakinkan masyarakat bahawa Ivermectin bukan satu usaha untuk merawati Covid-19,” katanya semasa dihubungi. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya