Dua pelajar UTeM sesat selepas jumpa paya - Utusan Malaysia

Dua pelajar UTeM sesat selepas jumpa paya

MUHAMMAD SAIFUL IDHAM Suhaimi dan Muhammad Akmal Rizal berjaya diselamatkan pasukan bomba pada pukul 8.31 malam selepas sesat di hutan berhampiran UTem, Durian Tunggal, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berdepan detik cemas selepas tersesat kira-kira dua jam ketika beriadah di hutan berhampiran universiti itu, lewat petang Isnin lalu. 

Mangsa, Muhammad Saiful Idham Suhaimi, 18, dan Muhammad Akmal Rizal, 18, bagaimanapun berjaya ditemui dan diselamatkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh. 

Bercerita kepada Utusan Malaysia, Muhammad Saiful berkata, dia dan rakannya memulakan perjalanan riadah ke kawasan hutan itu pada pukul 5.40 petang sebelum tiba di satu kawasan semak dan berpaya, sejam kemudian. 

“Saya dan Akmal ambil keputusan untuk berpatah balik apabila kawasan di depan kami penuh dengan semak-samun, tinggi dan berpaya. 

“Dalam pukul 6.40 petang, kami mencari trek yang dilalui sebelum itu, namun, pelik kerana tidak menjumpainya sampai hari mulai gelap sehingga pukul 7.50 malam,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, dia memberitahu, akibat telah kepenatan dan lesu, mereka akhirnya memutuskan untuk mendapatkan bantuan bomba dan diselamatkan pada pukul 8.31 malam. 

Sementara itu, Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Hamdan Sudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.55 petang. 

“Seramai sembilan anggota bomba bersama-sama bantuan agensi lain iaitu empat anggota polis bantuan UTeM, lapan daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan dua anggota polis melakukan operasi pencarian. 

“Pasukan penyelamat mengambil masa 28 minit untuk menuju ke arah mangsa melalui denai dan kedua-duanya ditemui dalam keadaan selamat, meskipun lesu,” katanya. 

Tambahnya, difahamkan kedua-dua penuntut masing-masing mahasiswa jurusan elektrikal dan teknologi maklumat itu pertama kali beriadah di hutan tersebut.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya