AEON Mall Alpha Angle diubah suai - Utusan Malaysia

AEON Mall Alpha Angle diubah suai

SHAFIE (tengah) bersama pengurusan AEON merasmikan pengubahsuaian pusat beli-belah AEON Mall Alpha Angle. - Ihsan AEON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pusat beli-belah AEON Mall Alpha Angle yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur akan diubah suai demi memberikan keselesaan dan pengalaman yang lebih menarik kepada pengunjungnya.

Cawangan keempat AEON Mall di Malaysia yang berusia hampir 30 tahun itu akan menampilkan wajah baharu yang lebih moden namun tidak meninggalkan unsur sejarahnya yang nostalgik.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AEON, Shafie Shamsuddin, pihaknya mahu terus melestarikan AEON Mall Alpha Angle yang sekian lama menjadi sebahagian daripada kehidupan penduduk setempat dan pelanggan-pelanggannya.

Kata beliau, selain ubah suai fizikal, beberapa penambahbaikan dari segi perkhidmatan juga akan dilaksanakan.

“Kerja-kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan ini dijangka akan siap pada April 2022. Bagi permulaan projek ini, bahagian yang terlibat dalam proses transformasi kebanyakannya di zon Atrium.

“Beberapa bahagian lain juga akan diceriakan melalui reka bentuk dan perkhidmatan terkini yang akan memberi lebih keselesaan dan kemudahan kepada para pengunjung,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut AEON, pihaknya mengaplikasikan konsep inklusif, digital, pengalaman @ AEON (IDEA) yang menitikberatkan aspek inklusiviti, pendigitalan dan teknologi terkini serta pengalaman membeli-belah yang lancar merangkumi keperluan semua generasi.

Malah, katanya, transformasi tersebut turut melibatkan pemasangan panel tenaga solar yang akan menjadikan pusat beli-belah tersebut sebagai cawangan kedua AEON yang akan menggunakan tenaga solar.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya